Tuesday, April 27, 2010

Berkongsi Info Kesihatan

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA. Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zatgalian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI. Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenislabu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING. Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg palingbanyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihanl emak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL. Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minumjusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakulemak dlm badan.

5. IKAN TUNA termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon danmakarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH. Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kayadengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA. Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT. Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalamdarah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakitjantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrolanda.

10 JAMBU BATU. Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagimemastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagimereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

No comments:

Post a Comment

Pageviews